PERSATUAN PANDU PUTERI TUNAS LKL

Logo Pandu Puteri Tunas 

Persatuan Pandu Puteri Malaysia.jpg

Lencana Pandu Puteri Malaysia mempunyai 14 pecahan bintang di tengah-tengah yang melambangkan 13 buah negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. Selain itu,  3 kelopak bunga berpandukan simbol Pandu Puteri sedunia.



Lencana Dunia 


Hasil carian imej untuk lencana dunia


Simbol yang berwarna emas dan biru ini melambangkan matahari yang meyinari kanak-kanak di dunia. Rangkaian 3 daun yang melambangkan Persetiaan Pandu Puteri . 2 bintang melambangkan Persetiaan dan undang-undang perpaduan. Tangkai berbentuk melingkar melambangkan kasih sayang kemanusiaan. Manakala jarum kepada kompas melambangkan kepaduan. 






    
_____________________________________________________


Sejarah Pandu Puteri Tunas Malaysia


Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.

Bagaimana  Pandu Puteri Tunas Bermula


            Pergerakan Pandu Puteri telah ditubuhkan di negara Malaysia pada tahun 1917.  Sejak itu nama Brownie digunakan bagi kumpulan kanak-kanak perempuan yang berumur di antara  tujuh hingga sebelas tahun. Nama ini kekal digunakan sehingga tahun 1984.


            Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah membuat kesimpulan bahawa nama Brownie patut ditukarkan kepada satu nama yang lebih sesuai dengan keperluan negara, mengikut peredaran masa, kemajuan dan perkembangan bahasa di negara ini. Oleh itu, dalam suatu persidangan pada 30 November 1984 yang berlangsung di Wisma Pandu Puteri, Kuala Lumpur, Jawatankuasa kerja Kebangsaan telah bersetuju menukarkan nama Brownie kepada Tunas Puteri yang kemudiannya di tukar sekali lagi kepada Pandu Puteri Tunas pada tahun 2006.


            Perkataan "Tunas" bermaksud pucuk yang mula tumbuh, yang bakal menjadi sebatang pokok. Pokok ini nanti akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dibaja, sejak masih tunas lagi.


            Perkataan "Puteri" pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Demikianlah juga keadaan ahli-ahli kumpulan Pandu Puteri Tunas jika mereka diberi bimbingan dan didikan yang baik dan teratur. Mereka akan menjadi gadis-gadis yang rupawan, bersopan santun dan berbudi bahasa. Akhirnya, mereka akan membesar menjadi ahli masyarakat dan warganegara yang baik dan berguna.


            Huruf-huruf yang menggabungkan 'Pandu Puteri Tunas' juga mempunyai erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.


   _______________________________________________________________

   
         P - Persetiaan jadi panduan
        A - Amalan mulia berterusan
         N - Nama pasukan dihormati 
        D - Diri teguh berbakti  
         U - Untuk menambah jati diri 

         P - Patuh kepada undang-undang Tunas Puteri 

       U - Utamakan tanggungjawab sendiri 
         T - Tabah menghadapi cabaran
        E - Erat dalam perpaduan 
         R - Rela berkhidmat untuk masyarakat 
        I  - Indah budi dan bahasa 

         T - Tolong orang selalu 

       U - Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara  
         N - Nilai hidup yang murni  
       A - Akhlak yang utuh 
         S - Selalu senyum tanda persahabatan                   
           
    __________________________________________________________________  




Lencana Bunga 

          Bunga Siantan 
 Hasil carian imej untuk lencana bunga siantan
      

   Lagu Bunga Siantan

 Siantan datang berkawan, 
  Berani macam pahlawan.

           Bunga Kenanga

Hasil carian imej untuk lencana bunga kenanga            
         
      Lagu Bunga Kenanga


     Kami bernama Kenanga,
        Berjasa bertenaga. 

             Bunga Melur

       Hasil carian imej untuk Pandu puteri tunas bunga Kesidang
           
        Lagu Bunga Melur

        Melur taat dan setia, 
       Berusaha setiap masa.

             Bunga Cempaka 

       Imej yang berkaitan
            
         Lagu Bunga Cempaka
           
         Cempaka bersuka ria,
         Menolong orang duka.

             Bunga Kesidang 

          Hasil carian imej untuk lencana bunga kesidang

       Lagu Bunga Kesidang
            
         Kami Kesidang datang,
       Menolong pagi dan petang.

                Bunga Teratai 

     Hasil carian imej untuk lencana bunga teratai            
                 
               Lagu Bunga Teratai

              Teratai nama kami,
               Bekerja setiap hari.

______________________________________________________


 Ikrar Persetiaan Pandu Puteri Tunas

Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan 
  • Menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia.
  • Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan
  • Mematuhi undang-undang Pandu Puteri Tunas


Undang-Undang Pandu Puteri Tunas


Pandu Puteri selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.


Hasil carian imej untuk a girl helping old people clip art


     
Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.
Imej yang berkaitan

Comments

  1. Salam Sejahtera. Untuk makluman TIDAK ADA “PERSATUAN TUNAS PUTERI MALAYSIA”. Yang ada hanya PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA. Di bawah persatuan ini terdapat beberapa bahagian pandu puteri, iaitu:
    • Pandu Puteri Kelip-kelip
    • Pandu Puteri Tunas
    • Pandu Puteri Remaja
    • Pandu Puteri Renjer
    • Pandu Puteri Kadet
    • Pandu Puteri Klover
    • Guild Trefoil

    Sila rujuk laman sesawang PPPM untuk padtikan apa yang dikongsikan dengan ahli-ahli adalah yang betul selaras dengan apa yang telah ditentukan/ditetapkan. Jika tidak bertanya & pastikan yang dikongsikan ada betul. Tkasih. (Jurulatih Pengurusan PPPM)

    ReplyDelete
  2. Sepatut tajuk ialah: PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA, BAHAGIAN PANDU PUTERI TUNAS CAWANGAN (…sekian) DAERAH (… sekian) Sekolah (… sekian)

    ReplyDelete

Post a Comment